Monday, September 20, 2010

kalau kita tak boleh nampak bodoh depan orang yang kita sayang,depan siapa lagi?

"kalau kita tak boleh nampak bodoh depan orang yang kita sayang, depan siapa lagi?"

ok. kata- kata ni salah satu dialog dalam filem Pisau Cukur.
memetik kata si gigi besssiii pujaan hati :) grrr :)
entah kenapa terkeluar dari mulut aku masa borak dengan yus.
masa tu juga aku terpikir.ada betul jugak ayat ni.
kalau orang tu sayang kita, dia mampu untuk terima apa sahaja tentang kita termasuk kebodohan kita.

aku mengaku aku bodoh. bukan bodoh tidak pandai cuma 'pending' atau lemmsss..
kadang-kadang banyak benda yang aku tak paham. dan aku lambat nak paham.
lagi-lagi isu yang aku kurang fasih. ahli-ahli rumah syaitan suka buat aku nmpak bodoh dengan ayat yang pelik dari kelantan. haih.
ada yang kata ke'pending'an tu nampak comel. tapi lama-lama macam mintak penyepak juga.
tapi aku jarang tunjuk bodoh depan orang-orang tertentu. takut sukar mereka nak terima keadaan itu dalam erti kata lain, takut direndahkan.
tapi satu teori, kalau aku dah mula tunjuk bodoh aku ni, maksudnya aku sayang orang itu :)
orang - orang yang mampu terima aku luar dan dalam :)


haih. hari ini hari pertama masuk kelas.
ah. macam biasa. bangun pagi. dalam kelas macam harrram ngantuk.
lihat muka masing-masing. ada yang berambut raya. ada juga berbaju raya.
satu hal. lama tak gelak dengan seronok. itu suasana yang aku rindu.

lama dah nanti nak borak pjg dengan yus.
smbil gigit2 burger subway, macam-macam cerita tersungkur dari mulut.
ada perkara jujur yang tak perlu aku beritahu dia.tapi aku lepaskan.
"ada satu hari aku rindu dia gila vavi. aku pun tak tahu kenapa"
hey,itu yus lah. dia memahami setiap bait kata-kata aku.
senyum dan dia balas dengan perkataan yang buat aku fikir dan gelak sendiri.
ah. benci bermain dengan perasaan dan pemikiran sendiri. nampak sangat buntu.

oh. tau tak hari ini, tarikh cantik.
20.09.2010
ada apa dengan tarikh kalau takde perkara menarik yang berlaku. ah persetankan. yang penting aku suka dengan tarikh yang cantik :)

ok.malas nak cakap banyak.
kerja pun ada lagi yang beratur tunggu giliran nak disiapkan.
pusing tasik shah alam cari tempat untuk shooting video.
ok. tempat ini best untuk jalan petang-petang :)
tiba-tiba teringin naik basikal :)



No comments: