Rumah Penuh & Awak Lagi

hari ini mama papa datang. rindu mereka. eh. rindu viva :)
tp ada temujanji hari ini. gigih bangun pagi. terima kasih yus kejutkan :)



sunway pyramid. seawal 11.30pagi.
full house. tempat yang cantik.
teringin nak makan dengan seseorang.
pernah suarakan. cuma belum kesampaian.





Alfredo Spaghetti.
Wok Sear chicken Chop.
Peppermint + Chocolate topped with Choc syrupp
Vanilla + strawberry puree
2 petite cake :)

terima kasih Farisha Fuad :)







"baru sampai nilai"
lama lagi mama nak sampai KL. nak buat apa ni. sampai kajang pun tak tahu nak buat apa.
"jom tengok wayang"
"cerita apa?"
paling hampir dengan masa. you again 2D.
kenapa kena tulis 2D. buat aku confuse lah.
seat lain penuh. seat couple pun boleh.




eh, mana subtitle. ah. kena dengar satu-satu ayat.
penat. hilang fokus.
lagi. hilang fokus. ada sound effect dari sebelah.
apa ni. mengerang tak tentu pasal. baik je kau layan kan.
farisha ni gatal mata. jangan kacau orang boleh. layan depan, bukan layan tepi.

you again

biasalah. cerita gelak-gelak. seronok lah.
tapi suka. dua-dua cantik.
dendam sekolah punya cerita. teringat waktu zaman sekolah.
nasib aku bukan nakal mana. bukan pembuli :)
yang penting aku akan make sure, bf aku takde adik dari SIGS :)
selamat :)

terima kasih farisha
sekali lagi ♥

ah. aku benci pergi sunway. mesti sesat.
lagi dan lagi. sesat mencari parking dan kereta sendiri. ah.

"eh you again. kepingin rasanya.
"nnti tengok sama-sama tau. after management :)"
"

maaf. saya dah tonton dengan orang lain.
janganlah merajuk ye.
kita tonton cerita lain nnti bersama :)


terima kasih cake. awak dah bikin dia tak merajuk lagi :)

ah poyo lah lu nak merajuk.
eh. kelantan menang Piala Malaysia. sorak lah lu kan.
mama pun tiba-tiba layan bola. apa cerita? siap jerit gol! bila n9 jaringkan gol. hah?


oh ni tempat kerja kakak.kedai buku.

kakak kenalkan seorang budak kecil.
ibunya berusia 18 tahun. mudanya. jodoh katanya.

oh kak, belanja ye bila dapat gaji.
terima kasih :)

No comments: