Saturday, December 18, 2010

ternakan dari rumah


awak sebiji macam gendut saya yang bersuara serak :)

ini sekadar gambar hiasan. tapi cerita bukan rekaan.
agaknya rumah aku ni memang untuk ternak binatang agaknya.

untuk beberapa bulan ni, ada seekor kucing. seronok datang ke sini.
tidur, makan, semua di sini.
kami bagi nama gendut. sebab dia asyik nak makan je.
sama macam kakak. haha.
gambar tiada dalam simpanan.
orang kata jangan ambil gambar kucing. nanti mati.
orang kata, aku tak kata.
tapi untuk langkah berjaga-jaga, aku tak nak ambil gambar si gendut ni.
nanti mama kesepian bila 3 orang anak gadis dia pulang menuju ke tempat masing-masing.
gendut jantan penakut. makanan dia selalu kena ambil dengan 2 ekor kucing lain.
konon geng jahat kampung seberang lah tu. cis.
kucing 2 ekor tu pun selalu lepak rumah aku.
perh. dia ingat kedai kopi? *sigh

dan untuk beberapa hari ini pula, seekor anak anjing datang.
dan tadi bawa geng. maknanya ada 2 ekor anak anjing yang tak berapa nak comel.
disediakan gambar hiasan. sebab aku tak sempat nak ambil gambar dia.



tapi gambar ni sumpah serupa.
pastu pagi tadi dia bawa kawan depan rumah aku.



yang sebiji macam ni :)


tapi selepas tamat Mari Menari tadi, kami buat misi.
misi menangkap anak anjing :)
terpaksa :( sebab dia suka duduk depan gate. sampai susah kami nak keluar masuk rumah.
maaf. awak comel. jangan buat muka kesian lagi!
kalau awak kucing, xpe. tapi awak anjing :(
hormat agama aku. okay.
bye.


No comments: