Tuesday, January 4, 2011

cerita antara cerita

agak lama sebenarnya tak mengupdate blog ni. atas dasar tiada sumber internet yang memberangsangkan di area berdekatan.

ok sebelum apa-apa, aku nak berkata tentang perihal sistem yang agak menjengkelkan.
berlaku di kampus yang selalu aku jejak suatu masa dulu.

atas dasar tidak membuat clearance bilik, adik aku gagal menempatkan diri di kolej.
disuruh cetak keputusan untuk dapatkan bilik sementara.
beratur. lama. sampai kaunter, "sila tulis suat rayuan ye".
ok. kenapa kau tak terus cakap tadi!
jalan. tulis surat. beratur. lama.
"nak tulis surat macam ni hah"
ok. lain kali cakap terus boleh!
"ok. awak nak bilik apa?, sy tak boleh kasi mana-mana bilik. nanti awak takde kawan."
eh, kau tau tak fungsi kolej? untuk cari kawan baru dan berkenalan kan.
ok bye. suka hati.

perkara yang boleh selesai beberapa jam, perlu ditangguhkan sampai ke petang.
memang hilang mood aku hari tu. semua aku marah.
macam ni lah kalau emosi dah terlebih batas.

terus ke kajang,
malam. seperti biasa, kalau dah berkumpul, ayat mesti "jom berjimba" :)
ke arah Mines. main bowling. dayuuumm.
aku memang tak main. tapi disebabkan nak lepaskan sesuatu, aku main weyh!
tapi bila rasa tak hebat, macam ni lah. longkang je lah jawabnya.
tapi puas. macam hentak kepala orang bila baling bola tu :)

ke shah alam esoknya.
lihat rumah sewa baru. mulanya mama macam kurang setuju.
bila masuk, nampak kemas dan bersih. selesa :)
angkat barang satu-satu. macam nak patah pinggang naik tangga.

cuma satu, aku kurang selesa bila mama warning tentang kereta.
ah. aku takkan pernah serahkan kereta ni pada tikah. mahupun mardhiah!

esok dah mula persekolahan di tahap ke-4.
aku tak rindu nak ke kelas. tapi aku rindu suasana kelas.
lain kan. ok .

nanti akan ku khabarkan kalau signal internet hebat :)
bye :)


No comments: