selamat bersekolah semula :)

ah. mungkin agak pending untuk ucap selamat bersekolah semula.
tapi at least aku wish kan :)

dan saat itu bermula semula perjalanan hidup di Shah Alam pada tahap yang ke-4.
mungkin makin berat, susah dan semestinya sangat sibuk. *sigh

tapi ada satu perihal kampus melaka yang aku lupa nak khabarkan.
tentang pelajarnya. tak sama macam dulu.
dan aku kurang fasih tentang sahsiah rupa diri di sana sekarang.
mungkin dah berubah. boleh mewarnakan rambut dan tights are allowed.
aku rasa pendaftaran hari tu bukan seperti pendaftaran kemasukan pelajar tapi pendaftaran untuk ujibakat nyanyian mahupun lakonan.

ok. cukup sampai situ.
sama dengan je shah alam. ramai pelajar baru.
ada yang pernah aku lihat di melaka suatu tika dulu.
saat bertembung di tangga, macam-macam pemakaian dapat dilihat.
aku fikir aku je yang perasan. rupanya edafazlida turut terasa.
"weyh, i rasa macam pergi konsert. budak2 ni pakai baju macam nak pergi mana"
ok eda. saya setuju dengan awak.
awal-awal. nanti kau pakai selipar je ke kelas. tengok lah nanti :)

kelas bermula dengan penuh cantik. bagus aku boleh bangun awal.
hari pertama je. minggu pertama seakan minggu orentasi.
berkenal-kenal dahulu dengan pensyarah dan subjek.
buat masa ini, aku rasa pensyarah ok. tapi tak semua.
harap-harap semua berjalan dengan lancar :)

oh. aku rindu wajah itu sebenarnya.
bye :)

No comments: