satu malam.

hari ini tak kelas. bukan ponteng tapi memang kelas cancel.
jadual aku dah disusun baik. tapi kalau sistem dah tak betul, semua jadi kelam kabut.
jadual aku dah bertindih. penyusunan semual perlu dibuat.
memang buat aku tension.

memang kenalah kalau si Farisha dah ajak keluar.
rindu jugak kat minah ni.
dibawa ke SS2 Murni. borak-borak.
memang penat aku bercakap tentang apa yang tak puas hati.
tentang rumah, tentang sekolah.
terima kasih sebab dengar :)

nasib baik tak dibawa lari ke Genting.
dia ni gila. dah suka sangat naik ke bukit tinggi tu.
terus ke the Curve.
eh, arak dan melayu. sinonim ke sekarang. *sigh.
ok. menonton wayang.
Damping Malam.
cerita berkisahkan hantu. memang aliran aku.
cuma filem ni tak memerlukan banyak imej hantu.
lakonan si cilik itu pun dah cukup menjadi :)

dah tinggal di luar, tak perlu takut kena tulis nama sebab masuk kampus lambat :)
pusing menghala ke kuala lumpur. entah ke mana aku dibawa.
tapi melihat suasana cantik dengan lampu tapi dicacatkan dengan orang sekeliling.
mak nyah, penjual ubat kuat, dadah, orang gila, pengemis.
macam-macam. Kuala Lumpur di waktu malam. memang bahaya.
Ladies night. club sana-sini. penuh orang.

ada yang dah mula risau.
maaf. tak buat lagi. sakit kena tampar :(
tapi terdetik sesuatu.
sebab ada perjanjian, dia tau aku keluar tak pulang lagi walaupun sudah lewat.
kalau tak, ada ambil tahu ke mana aku?
ok. kenapa mesti ada perkataan serik dan penat?

ok. sekadar perasaan. tak perlu layan.
satu malam yang sangat penat.
bye :)


No comments: