beware, ini entry yang sangat panjang. harap maklum :)
11hb Mac 2011
pagi berangkat ke Melaka dari Uitm. agak rasa teruja. dan agak malas. mengantuk pun ada. tapi bila disuap dengan macam-macam makanan dalam bas, rasa seronok. terima kasih yang sponsor makanan kami :)
sesampai di sana, macam tak teruja. risau rumah mana yang akan aku duduk. bukanlah aku tak pernah duduk kampung, tapi aku bukan reti nak bercampur dengan orang-orang tua ni. susah sikit. berkumpul, dengar lah pengenalan tentang kampung ni. dan aku rasa kampung ni hebat. lagi-lagi sebelum aku pergi, ramai yang dah perkatakan tentang aktiviti yang akan kami buat.
dah dibahagikan ikut rumah keluarga angkat masing-masing. dan aku bersama Yus, Ony, Bella dan Laili akan ke keluarga Cikgu Mail. dan keluarga aku tak sempat hadir, jadi kami terbiar :( yang lain pulang hantar barang, dan kami cuma mengikut menghantar mereka. melihat sekeliling kampung. macam teruja pula. dan kami sempat bertanya rumah cikgu mail yang mana? "oh, rumah dia besar tau" itulah jawapan yang kami terima.
aktiviti pertama, mencanting batik. agak teruja sebab aku tak pernah nak cuba. selalu tengok di TV mahupun yang dah siap. sempat juga lah nak 'menconteng batik' ni :) konon tunjuk kreativiti melukis dan mewarna.
selesai mencanting, dapat lah minuman panas dan roti. memang gila. lapar punya pasal, semua telan. pulang ke rumah masing-masing. aku dan yang lain cuma menanti bila boleh ke rumah keluarga angkat aku. expectation tinggi dah ni bila dengar rumah kami besar :)
tiba di rumah pasangan cikgu Mail, wahhhhh. tertera di depan rumahnya, Villa NurKasih :)
tiba-tiba rasa beruntung sangat. kami tunggu seketika. sebab mereka belum tiba dari Rembau. mengambil anak dari asrama. tapi kami disambut awal oleh orang gajinya terlebih dahulu.
sempat juga berbual dengan ibu kepada pemilik rumah.
berehat sambil rasa teruja dengan rumah ini. besar dan selesa. seronok. petang dijamu dengan kuih muih dan teh panas sambil berbual dengan Cikgu Mail. seorang cikgu Sains dan isterinya Mak cik Nora seorang pengkaji penyakit di hospital Muar. siapa yang rasa tak beruntung? :)
Malam, selepas makan dengan bertambah nasi hampir 3 kali, kami ke arah rumah Pak Man, pemilik Homestay Pt. Penghulu. dari pintu masuk dah kedengaran muzik Ghazal. muzik kegemaran orang dulu-dulu. ramai rupanya yang dah tiba. jadi layankan sahaja muzik itu. mungkin agak teruja bila mendengar secara live depan mata, tapi bila dah banyak sangat lagu, mulalah mengantuk. tapi nasib baik, malam itu diserikan dengan tarian zapin dari putera-puteri yang comel-comel belaka :)
dan malam tu juga kedengaran suara-suara berkongsi tentang keluarga, rumah, bilik air, makanan. tapi rasa kami, kami punya keluarga super duper perfect :)
seronok. tapi rasa ralat tinggalkan majlis begitu sahaja. maaf. malam yang sangat sejuk :)
malam itu kami berpindah ke homestay milik pak cik Mail. bersebelahan rumahnya. Laman Cikgu Bedah namanya :) dan aku difahamkan, di situ memang dijadikan rumah tumpangan. memang rasa duduk di kampung melihat isi rumah tu. bermandikan air tempayan. rasakanlah sejuknya :)
12hb Mac 2011
sarapan. dan seperti biasa, sarapan kami terhidang dengan lengkap. dan pagi tu rasanya macam tak nak mandi. sejuk yang ammmmaaaat!!! tapi kena mandi :)
barang dikemas dan malam ni kami akan menginap kembali ke villa. atas dasar, pada hari tu sudah ada penyewa yang ingin tinggal di situ :)
aktiviti hari ini sukan rakyat, melawat sawah padi dan kandang kambing.
berkumpul betul-betul bersempadan dengan Johor. dari sudut tu, dah nampak indahnya Gunung Ledang yang entah bila kali terakhir aku ke sana.
sukan rakyat. biasalah, sukan anak-anak kampung. tarik upih, lari dalam guni, oh, baling tin. macam baling selipar. tapi tak pernah main kan, kekok lah rasanya. tapi itu seronok :)
dah seronok main lari-lari kan. seterusnya ke arah sawah padi. masih ada yang tak masak.
ke kandang kambing. ah, macam lah tak pernah jumpa kambing kan. kambing. sama je lah. tapi melihat dari kandang tu sendiri, inilah kali pertama :) tapi aku masih tak berani nak angkat baby kambing tu. dan kambing jantan tu macam menakutkan. berjanggut dan besar. uewww :)
oh, sempat jugak nampak pak cik ais-krim. 50 sen je. mana nak jumpa ais-krim cone 50 sen. eh, kampung, panggil ais-krim calong :) ingat kalau duduk kat rumah arwah atuk. berebut kalau dengar loceng ais-krim. ais-krim nya pun tak macam bandar. tak berlemak sangat. makan pun tak muak. aku ni bukan suka sangat ais-krim. cepat muak. tapi makan ais-krim kampung ni, aku beli 2 kali. sedaaaap. rindu lah plak :)
pulang dan rehat. pakai krim.konon-konon nak halang sinaran matahari. bayangkanlah kalau explorace start jam 2.30 petang. agak-agak mana kedudukan matahari ketika tu? *sigh.
berjalan dari hujung ke hujung. mencari rumah dan tiada clue rumah mana. kenalah tanya orang kampung. itu yang hebatnya kampung. tanya je rumah mak cik tu, pak cik ni. semua tahu. kalau di sini, nak tanya jalan pun tak tahu walaupun dalam taman sendiri.
menjadi kumpulan kedua. bermula di check point ke dua. pokok getah. task pertama, kumpul semua getah skrap di setiap pokok getah. menggunakan tangan, dalam masa 3 minit.
jika tidak...."ok, disebabkan awak lambt, ambil getah skrap tu di kedua-dua tangan, dan perah". eh, cuba teka bau getah skrap macam mana? wangiiiiiiiiii sanggggggaaat! terima kasih abang :)
task kedua, kelapa. kena menyabut kelapa, menggunakan tangan. maaf. yang ini, im back off. sebab aku tak kuat. jadi, hero kumpulan aku lah kenalah. si Azwan ni gentleman sangat :) task ni pun macam tak mencabar sangat. ok, mencabar sebenarnya. nak tarik sabut tu bukan senang. orang kampung pun tak pakai tangan.
task ketiga, menuju ke sekolah. ingatkan apa. tapi dah nak baldi. macam sesuatu. BELUT :) erk. Azwan lah jadi yang pertama mengalihkan belut tu ke baldi yang lain. geli jugak. tapi terpaksa. dan aku orang kedua. lembutttt sangat si belut ni. terima kasih belut sebab tak meragam :) dan yang lain, ada yang geli. Abang Yus dan kata " kalau tak angkat belut ni dalam masa 10minit, korang kena denda cuci kolam belut" demmmit! siapa tak takut kan. Mimi angkat belut sambil menyumpah :) Alia dah menjerit bagai nak gila. Yusmirnadia dah beristighfar. pucat lesi dibuatnya. dan kami lewat, dan dendanya lumur lendir belut di muka sendiri :)
task keempat, buluh belubang dan perlu diisi sehingga penuh. tutuplah dengan jari lubang-lubang itu ye. aku rasa lubang tu lagi besar dari jari aku. dengan kondisi jari aku yang kecil, aku tak mampu nak tampung. air dah melimpah. aku seakan mandi. lagi hebat, air mata aku dah mengalir. sebab jari aku dah cukup kebas menahan. maaf. malu sebenarnya tapi tak tahan sangat sakitnya tu. memang agak menyumpah juga :) dan disebabkan itu, dendanya, lumurlah lumpur tu dimuka. dah macam facial treatment :)
task kelima, lumpur lagi :) dan kali ini, double triple lumpur. "disebabkan ada 2 orang kawan awak yang marah saya tadi, sy denda kumpulan awak lebih." eh Daus ni. aku pukul kang. nasib baik dia cuma bermain kata-kata. sebab aku dan yus lah yang marah dia tadi :) sebab dia tak nak belikan ais-krim utk kami. huh. ok. tasknya, masuk dalam parit berlumpur tu dan cari 5 ekor ikan keli. dan pastikan ikan keli tu tidak berlumpur ketika dimasukkan ke dalam bekas. apa lagi, terjun lah. teringat masa mandi parit kat rumah atuk dulu :) bermain 'pucirin' orang Banjar kata :) kaki macam terselut ke dalam. nasib baik kami cepat.
task keenam, susun rempah ratus. ada 7 bahan semuanya. bermulalah besarkan mata nak asingkan bahan. lagi pula rempahnya kecil, bercampur kotor lumpur, berlainan warnanya. lagi sukar. dan nasib baik ada yang pandai memasak, tahulah nama-nama rempah ratus ni :)
task ketujuh, menyusuri kolam. dalam erti kata lain, menyucikan diri. badan dah berlumpur, dan masa tu kolam tu memang tempat seronok untuk bersihkan badan. air kotor ke tak, yang penting bersih dari lumpur. dan kami menjadi kumpulan ke3 yang selesai :)
sebelum dihantar pulang, kami sempat diingatkan untuk menyediakan persembahan pada malam BBQ nanti. urgh! memang tak sempat lah.
malam BBQ. dari jauh dah kedengaran suara berkaraoke. takut juga, sbb aku sendiri tak prepare apa pun persembahan. tapi yang penting makan dulu. BBQ kan :)) tapi, mata aku lebih pentingkan tidur. nak makan pun tak selera. oh, turn aku akan buat persembahan dan aku main pilih je lagu untuk dinyanyi bersama yus, ony, laili dan bella. nasib baik mereka ok :) Cinta di Akhir Garisan. aku ni bukan suka nyanyi depan orang ramai. menggeletar satu hal. suara pun macam harrrraaam lah :) yang penting, aku suka dapat cabutan bertuah, bukan senang nak dapat. bila rasa bertuah, macam ni lah seronoknya :)
malam pulang rumah dengan rasa rindu. rindu sangat-sangat. dan masa tu terasa dekat tapi jauh.
13hb Mac 2011
pagi, kaki aku dah mula buat hal. krem dan tak mampu nak berjalan. tapi tahankan saja. berlegar-legar kami dibawa ke jungle tracking. melihat pokok getah dan macam mana getah ditoreh. dan aku rasa itu sukar. bukan senang. tapi tiba-tiba rasa nak tukar profession bila dengar harga getah murah :)
sambil terkengkang, menguatkan diri mengharungi nyamuk dan jalan hutan. menuju ke ladang kelapa sawit. dan melihat bagaimana kelapa sawit dikait dari bawah. bukan sekejap. dan aku rasa, orang yang kuat semangat je mampu lakukan :)
dan kami dihantar pulang ke rumah keluarga masing-masing. berehat pun tak boleh lama. barang dikemas. ikut plan, nak merayau sekitar bandar Melaka. tapi itu ikut kehendak pemandu.
selesai makan tengahari, sempat bergambar dengan Mak Cik nora. sebagai tanda kenangan. dan aku rasa aku akan rindu suasana ini semua. bila lagi kan? terima kasih untuk semua layanan ketika kami di Villa NurKasih :)
berangkat pulang ke Shah Alam. niat ke Melaka dimatikan akibat terlalu lewat. selamat tinggal Merlimau. dan homestay anda memang terbaik :) segala kenangan tak akan dilupakan :)
bye :)
No comments:
Post a Comment