biarkan kotak yang bulat terus bulat.

aku tak tau nak post apa kali ni. biasalah, cuti. duduk di rumah, tiada yang istimewa untuk dilakukan kecuali mengembangkan diri.

tapi ada satu tika, bila bangun tidur, terbesar biji mata terima satu pesanan ringkas.
dari seseorang. unexpected. dan aku pun tahu bila kali terakhir aku terima pesanan dari beliau.

"
hye, kenal saya lagi?"

cukup sekadar nak memulakan bicara. memang ganggu tidur aku. dan aku memang tak suka perasaan yang terhuyung-hayang macam ni. takpe. sambung tidur dulu. memang nampak sangat tidur tu penting buat aku ;p

aku tau aku mampu balas, cuma tak tahu cara nak balas atau tak tahu nak meneruskan.
dan seperti biasa, ke si gila tu lah tempat aku bercerita. dan seperti aku jangka, tiada approval.
dan masa tu aku fikir, apa lagi untuk ditakuti? atau masih tak yakin?

"susah kan nak bentuk kotak jadi bulat? jadi, kalau dah bulat, tak boleh nak ganggu.
takut berubah ke bentuk asal"

kata-kata tu memang tak dapat disangkal walaupun aku tahu aku boleh sangkal.
sukar kan. dah dibentuk. perlu dijaga. takut sikit-sikit berubah ke asal.
aku dapat maksud tu. dan aku faham kenapa perlu dia takut.

kenapa perlu jujur sangat kan? :)
aku rasa takde siapa yang suka ditipu. termasuk awak, awak, dan awak. kan? :)
sebab aku takut KARMA.cukuplah.

"kau je yang tahu jujur kau macam mana dy"

sebab aku tahu.

bye :)

No comments: