nukilan tengah malam

aku pun tak tau kenapa cuaca hari ni sangat tak memberangsangkan.
panas dan sekarang aku pakai baju hitam. agak-agak double haba tak aku dapat? pffft.

dan ketika kau menulis, aku sedang meniarap di lantai mendagukan bantal.
internet laju. kerja malas nak buat, jadi, apa lagi stalk orang.
dan bukan kerja kau nak stalk orang lain punya hal. tapi stalk diri sendiri.
feeling psycho rite? hahaha.so what.

dan untuk ketika ini aku baru je stalk kembali blog aku.
dan dalam erti kata lain, baca kembali segala penulisan. dan ia bermula dari saat aku ke tiba ke Shah Alam.
banyak peristiwa aku lalu dan sehingga lah tiba saat ni. dan tak pernah sedetik pun aku fikir untuk sampai ke tahap macam ni.
bukan mudah. itu satu ayat yang cukup ringkas untuk gambarkan semua.

dan dalam satu laman sesawang masih ada lagi baki yang tertinggal.
buka dan cuba rungkai balik memori lama. tapi macam dah delete semua.
langsung takde satu perasaan tertinggal. cuma gambaran semata.
aku tak tau macammana seseorang yang hebat mampu lenyapkan dia dari dunia aku.
big clap for him

dan melawat semua tulisan lama ini juga buat aku ungkap satu demi satu rentetan kisah 1001 kisah tangga yang membawa aku ke dunia yang lain.

dan mula ingat kembali dalam bentuk tulisan berlagu yang direka khas buat aku.
sebentar. aku tak tahu niatnya tika itu. tapi dia kata untuk aku :)

KELU

Ku mencari pada diriku
satu rasa untuk ku kenali
ikut rentak oh jgn mati
ikut suka asal hati pasti

hidup penting utk diolah
serik pantang untuk kalah
pancaroba penat mencari-cari
ku lagukan hidup ini

waktu berdetik menanti hari
kelu lidah ku masih mencari
sebenar-benar erti diri
dan ku diami isi hati

hidup penting utk diolah
takkan sekali mengalah
pancaroba hidup menanti hari
ku lagukan hidup ini

hidup masih ku keliru
ku mengharap kau disitu
pernah ada rasa untuk berlalu dari situ
ku berdiam tanda kelu

"*padi aku dah habiskan lirik lagu ni, harap kau suka. "

ingat lagi tatkala aku dimarah dikatakan pekak melodi, disuruh ulang berkali-kali dan aku tak pernah rasa jelek bila dia marah. sebab dia tak marah. aku yang nak marah.

aku harap sekuat mana aku berdiri sama kuatnya dengan orang yang pernah bersama aku dulu. kekuatan kau dulu buat aku makin tegar dengan kehidupan sekarang.
dan disebabkan itu juga aku mula belajar menghargai sesuatu dari hilang.

From good things, I learn to be a thankful person. From bad things, I learn to be a strong person. (ihatequotes,2011)

dan sebenarnya seronok mempunyai blog mahupun diari tersendiri. sebab disitunya catatan yang bisa kau tatap di waktu lain. dan kalau rasa kau sangat gah berdiri sekarang ni, kau bisa baca kisah ketika kau sedang jatuh. begitu juga sebaliknya. jadi taklah rasa lupa diri sangat kan :)

bye :)


No comments: