cool cool. bila justin bieber dah senyum untuk aku. hahaha.
oh sumpahhh aku tak minat dia. kau jangan risau dulu.
mungkin cuma pembawakan rindu pada adik aku. haha.
ok. kalau entry before ni aku pernah cakap aku terkecuali. kan? kan? kan?
tapi semalam aku dengar perkhabaran yang agak gumbira sebab pekerja sambilan juga diberikan bonus setengah gaji atau minimum RM500.
tiba-tiba rasa nak kekal kerja dengan kerajaan. miahahhaha.
tapi ada yang kata tak dapat plak -.-
suka jatuhkan mood gembira aku ni. pfft.
ok. aku copy sedikit pekeliling perkhidmatan berkenaan imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi 2011. korang judge sama ada aku layak atau tak?
Pegawai yang layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi adalah seperti berikut:
- a. pegawai tetap, sementara, Pekerja Sambilan Harian, contract of service, contract for service dan guru sandaran;
(noted : saya pekerja sambilan harian)
Syarat pembayaran.
- 7. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi dibayar kepada pegawai yang masih berkhidmat pada 8 Ogos 2011. Perkiraan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi adalah tertakluk kepada genap satu (1) bulan perkhidmatan yang bermaksud genap satu (1) bulan kalendar iaitu Januari hingga Julai 2011.
(noted: hingga kini saya masih berkhidmat di bawah hospital sultanah aminah,JB)
Kaedah pembayaran.
- 12. Pekerja Sambilan Harian yang kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya genap satu (1) bulan pada 8 Ogos 2011 layak dibayar Imbuhan Tahunan sebanyak RM500.00
(noted: saya sudah hampir bekerja hampir 2 bulan setengah)
lebih lanjut, PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2011IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2011 (pdf)
crystal clear bebeh? ke masih ada kesilapan?
tapi taknak berharap sangat. kang kalau tak masuk, aku paksa papa masukkan jugak rm500 dalam akaun aku. tak kira. miahaha.
eh, secara mendadak adrenaline aku meningkat :)
alhamdulillah lah kalau dapat. amin!
siapa nak duit raya? sila tunjuk ic. ic warna pink je dapat bonus dari aku.
bye :)
No comments:
Post a Comment