kanak-kanak dulu, kanak-kanak sekarang



semalam berkesempatan hantar adik aku yang baru menginjak umur 14tahun pergi berbuka di luar.
aku rasa masa umur 14 tahun, tak pernah terlintas nak berbuka dengan kawan-kawan.
takut nak keluar rumah. bezanya dulu dan sekarang kan.
dengar lah perbualan dua anak gadia berusia 14 tahun di seat belakang kereta.

"yelah, duduk sebelah-sebelah romantik2. mesti lah nak buka sama tu"
"ee,geli lah aku. biarlah dia"
"kau tahu semua cerita dia, kau stalking dia eh?"

masa umur aku 14 tahun, stalking pun aku tak tahu menda tu. stokin tau lah.
bezanya dulu dan sekarang kan.

perihal facebook je. kalau dah bergambar sakan, makan sampai rm100 lebih.
duduk lepak kat Johnny's. pergh, hebak budak2 zaman sekarang.

nanti mesti kata "eh, nanti upload tau. lepas tu tag dalam fb"


masa umur aku 14 tahu, myspace pun aku takde lagi -.-
bezanya dulu dan sekarang kan.

dulu nak mintak lebih rm10 pun takut. lepak pun Mcd je. itupun tak lepak. beli terus balik


banyak budak kecil yang aku jumpa di bilik promosi ni.
bila nampak aku bukak facebook je, "eh, akak ada facebook, add lah kita"
ye, budak umur 7 tahun cakap macam tu dengan aku.

masa umur aku 7 tahun, aku cuma main pembaris panjang cikgu punya je.
umur 9 tahun baru berjinak main batu seremban. lepas tu kena rampas dengan cikgu Zainab.
aku ingat nama dia! sebab aku baru beli batu seremban tu, lepas tu dia rampas. tahu tak mahal!
ok. cukup emosi. bezanya dulu dan sekarang kan.

"kakak, nak nombor telefon, nanti boleh kacau"
"awak ada handphone ke?"
"ada. kita satu, yana satu"
ye, budak umur 10 tahun dengan adiknya berumur 7 tahun tengah berbual dengan aku.
"awak ada handphone apa?"
"kita punya sony erricson, yana punya motolora"
"hehe. pelat. motorola lah sayang :)"

masa umur aku tingkatan 1 baru aku dapat pegang handphone.
itupun berkongsi dengan kakak. yelah dulu topup paling murah RM30.
sekarang ni, RM3 pun dah dapat. bezakan dulu dengan sekarang.

"kak, kita tak biasalah main guna tetikus ni. selalu main kat ipad. pakai jari je"
ye, budak 7 tahun yang sama cakap macam tu dengan aku

dulu, umur 7 tahun, tetikus pun aku tak tahu. tikus tau lah -.-
apatah lagi ipad. dulu komputer besar gedabak nak mampos. berat, kalau tertimpa aku, aku pun boleh mati.
sekarang semua nak flat, semua nak compact. senang nak bawak ke mana-mana.
bezanya dulu dengan sekarang kan -.-

ingat lagi masa aku pergi Kampung Homestay.
saat nak balik, ada satu rombongan sekolah. aku kira dalam darjah 5 atau 6.
ada salah seorang budak perempuan dengan megah jalan sambil pegang iphone.

masa umur aku tingkatan 1, hp 3310 je dapat. itupun dah bersyukur.
darjah 6 dah boleh minta iphone, aku ni umur 20-an baru dapat iphone tu -.-
bezakan dulu dan sekarang.

bila teknologi dah tinggi sangat, budak-budak pun selari ikut peredaran teknologi.
kalau ibu bapa pun dah persembahkan PSP, ipad, laptop depan mata anak, nak salahkan siapa?
tapi zaman beredar. berputar. sekarang pun fashion pun berputar.
tengoklah sekarang. zaman vintage dah kembali.
tengok gambar lama mama. dress up mama dulu sama dengan anak-anak gadis zaman sekarang.
kalau fashion boleh berputar, permainan boleh tak?

nak tengok juga budak-budak datang sini main congkak, main batu seremban :)
tapi, mereka tau ke main?

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: