cerita kita memang berbeza



kadang-kadang aku seronok melihat mereka.
mereka ketawa, mereka menangis, mereka bahagia.
dan kadang-kadang itu juga rasa cemburu itu juga ada.
melihat cerita aku yang berbeda.

bila mereka gembira, aku berduka.
bila mereka bertikam lidah, aku ceria.
kadang-kadang kami sama-sama bahagia.
bahagia yang berbeza. mengikut cara mereka, mengikut cara kita. tak sama.

mungkin bila langkah yang terlalu jauh, jadi sesat.
tak nampak jalan. samar-samar semuanya.
bila ada cahaya terang, terpadam tiba-tiba. sesat lagi.
terpaksa guna mata hati. tapi mata hati juga kadang-kadang rabun, kadang-kadang celik.
tapi masih bernasib tidak buta.

dan sekarang nampak jalan keluar.
hampir dan makin hampir dengan cahaya.
cahaya yang aku harap tak malap dan tak berpenghujung.
tapi sebagai sambungan cerita kita. cerita kita yang memang berbeza.


"buat apa dicerita bahagia kita rasa, biar tak dipercaya, peduli orang kata"
"baju ronyok tak apa, asal pakai selesa, berkilau tak bermakna kalau hati tak ada"


bye.
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: