hidup ini memang sebuah drama



banyak perumpamaan selalu disamakan dengan hidup ni.
hidup ni macam roda, kejap di atas, kejap di bawah.
hidup di macam pentas lakonan. semua hipokrit.
dan hidup ni umpama sebuah drama.
dan apa saja yang disajikan dalam drama tv, mahupun filem, atau apa saja, semuanya sama seakan realiti.

tapi kita akan cakap "peh, klise seyh cerita macam ni"
tapi sebenarnya, manusia yang klise.
hidup dalam keadaan klise, semuanya klise.
yang berubahnya cuma cara kita lalui hidup tu. mungkin ada sedikit beza.

drama. drama. drama.
lihatlah suratkhabar, buang bayi? culik? larikan diri?
kan sama macam drama.
bila kita lihat drama buang bayi then cakap "ada ke manusia buat kerja macam ni lagi?"
pi tengok muka depan paper, kau dah tak cukup jari nak kira berapa banyak kes yang ada.

buang bayi. jarang sebenarnya tv nak keluarkan cerita macam tu. jarang lah.
haritu je aku baru tertonton ex bf aku berlakon NurinNajwa. haha.
satu lagi kes yang memang kompem gua cakap lu, ada kat tv.
perempuan perampas laki orang, kikis harta orang bla bla bla.
booo lah. even aku sendiri pun "ada jugak perempuan sekejam ni"
and actually, its happened.
lagi satu guna ilmu hitam buat itu buat ini. and aku sendiri cakap "ada ke orang percaya benda alah ni lg"
and actually, its happened.

dan aku tak cakap kalau bukan berlaku depan mata.
sebab dah berlaku depan mata. dan aku lihat sendiri.
apa yang manusia fikir sekarang ni?

isu larikan diri ikut boyfriend? apa lagi kau fikir?
beli baju dalam pun minta mak belikan, kau nak lari buat apa? 
siapa nak belikan baju dalam kau lagi?!
suruh boyfriend kau? boxer dia pun pinjam orang lagi.

isu perempuan perampas/kikis harta whatso ever?
tak takut jadi pada diri sendiri?
tak belajar isu Karma ke? or tak takut hukum tuhan?

aku dah penat berdiri atas pentas ni. banyak sangat penipuan.
banyak sangat taburan duit. boleh ambil di celah mana pun.
kenapa perlu ada sikap macam ni?
manusia. memang tak pernah puas. perlu lebih dari orang lain.
reti sebut 'Alhamdulillah' tak?
tahu tak ramai lagi manusia atas pentas ni yang tersungkur.
jadi bersyukur sebelum tersungkur secara berjemaah.

aku? pentas ni umpama padang permainan.
aku tengok macam mana nak menggelongsor, macam mana nak berbuai.
belajar. belajar untuk jatuh dan bangun kembali.
bila jatuh, nak buat lagi. buat lagi sampai aku rasa permainan ni bosan.
perlu cuba permainan lain. terus cuba untuk belajar.
kalau tak cuba kita tak tahu susah senang.
tapi kalau dah senang, kita boleh kan ajar. 
macam kita ajar anak-anak kecil bagaimana nak main buaian, macam mana nak menggelongsor.
dan kita tahu ajaran tu mesti betul. kalau kita senget, senget lah anak2 tu.

sebenarnya instead of just random speak,
aku cuma nak pesan bagi yang dah salah landasan.
cukuplah. pentas ni dah nak roboh dah.
cuba rasa pijak pentas ni betul-betul. jadi diri sendiri. berdiri dengan sendiri.
akan lagi gembira dari berpura. serius.

aku harap kau sedar.
bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: