Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu.
Kalau nak dinyanyi penuh, mungkin ada antara kita yang boleh nyanyi dengan bgitu fasih.
Dan bukan itu yg aku nak. Bukan lirik penuh yg aku inginkan.
Takat lirik gua boleh google kot.
Tentang satu teater. Tepuk amai-amai di bawah Revolution Stage.
Janggal utk aku kenal dunia teater.
Boleh aku katakan abe adalah org yg brtanggungjawab buka pintu utk mengenali apa itu teater.
Bermula dgn short eyes yg mnampillan zahiril adzim dh cukup tarik minat aku.
Bukan psl teater tp tntg plakonnya.
Duduk di celah sazzy falak dan nazril, cukup buat aku harum mekar saksikan apa itu teater.
Impress! itulah yang boleh aku katakan.
Kalau aku ada atas stage tu, mau tergelak aku.
Teater weyh, mana boleh 'cut!' 'action!' mana ada. Puihh lah teater macam tu.
dan sejak aku impress sgt tu, aku tak pernah ralat utk tengok teater since abe pun dah jadi salah seorang org kuat teater.
So taksalah utk aku tolong kuatkan lagi tulang belakang dia dalam teater kan.
Dan bukan lagi plakon yg aku pandang, tapi kualiti satu teater tu.
walaupun aku tak tahu tinggi mana kualiti teater tu, bagi aku seorang amatur peminat teater,
aku rasa itu cukup berbaloi. Tak hipokrit.
Tak perlu permit jadi orang malaysia utk berteater #eh?
Tak perlu ada yang sibuk nak pertikaikan. #eh?
Tak perlu ada yang sibuk nak pertikaikan. #eh?
Mungkin bagi satu eksperimental teater tak sehebat teater muzikal.
Tapi utk tepuk amai-amai, konsep penceritaan nya bagus difahami remaja sekarang.
Bagus utk ibu bapa. Bagus untuk cikgu. Bagus untuk mereka yg berfikiran terbuka.
berfikiran terbuka yang menerima kecermelangan di sekolah bukan satu jaminan berjaya dalam hidup.
boleh aku kata separuh penceritaan terjadi pada aku.
menjadi seorang anak cikgu bukan mudah. memang dipandang tinggi.
dan menjadi adik kepada seorang kakak yang selalu cemerlang juga bukan isu yang mudah.
kau berdepan dengan perbandingan antara langit dan bumi.
aku masih ingat kata-kata cikgu Maleha, cikgu kelas, merangkap cikgu sejarah aku.
tatkala aku baru je nak lepak letak kepala landing baik nak tidur, dia tegur.
"fadhilla, kakak awak tu rajin, kenapa awak tak jadi macam dia"
rilek gua pandang dia. "cikgu mana boleh nak samakan saya dengan dia. saya sayalah, dia dialah"
tapi aku tau semua perbandingan, semua marahan dari semua pihak, buat aku berdiri kat sini.
aku jadi terbiasa yang kecemerlangan mesti jadi milik aku.
sebab itu apa yang mama minta.
SPM aku tak dapat nak banggakan mama. mama ignore semua call yang bertanya tentang result aku.
ingat aku masa aku baru je dapat result spm, ramai yang tembak telefon rumah.
"kalau ada orang call, cakap mama takde". aku macam nak gantung diri.
mungkin salah aku atau salah mama benarkan aku ambil aliran sains yang bukan minat aku.
selebihnya, semua subjek berkaitan sains, aku cuma dapat kredit.
"ini yang kau pilih, mama taknak dengar kau fail" itu pesan mama masa aku diterima utk jadi pelajar Masscomm.
since tu, aku dah set, cemerlang hak mama. aku kena dapatkan hak mama.
sebab aku berdiri atas kasih, sayang, dan cinta terhadap mama.
itu yang aku belajar dalam teater Tepuk Amai-Amai.
Kasih, Sayang, dan Cinta. kau ada semua tu, kau takkan ralat untuk buat apa saja.
Teater eksperimental Tepuk Amai-amai masih di berlangsung sehingga 15 April 2012.
di Auditorium Muzium Negara. boleh je kalau datang terus. 8.30 malam.
bye :)
fds
written by fadhillasamsudin
No comments:
Post a Comment