sediakan payung sebelum hujan


"hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah"
Banyak pengajaran yang aku dapat beberapa hari ini. 
Sediakan payung, sebelum hujan.

Dah memang dasar aku memang tak suka nak withdraw duit. 
Erti kata lain, aku lagi suka wang tersimpan rapi dlm peti besi atm. 
Kalau diluakkan, banyak juga lah aku bersedekah kat kedai2 yang tak sepatutnya. 
Bukan istilah kedekut, cuma kalau nak ikutkan lagi bagus aku simpan duit tu dari habiskan ke tempat yang merepek kan. 
Dan semalam, dengan rasa kofiden cuma minta RM1 utk langsaikan tol bila balik nanti.
Dan aku tau tol berharga rm1.10 sebab aku konfiden dlm kereta aku mesti ada syiling yang tertinggal. 
Dah memang tabiat, syiling lebih gemar tidur dalam kereta. 

Dan yang tak menariknya bila sampai tol,RM1 ditangan sambil mencelah cari syiling 10sen yg memang masa tu dah takde saki baki dalam kereta.
Kalau nak ikutkan rasa hati, dah kehujanan dalam kereta atau kata yang lebih mudah, menangis.
Tapi alhamdulillah terselit syilling 10sen di celahan beg. 
Dan masa tu kau rasanya betapa kuatnya peranan 10sen.
Betul orang kata "kalau tak cukup 10sen, tak cukup sejuta tau!
sekarang gua nak tukar. "kalau tak cukup 10sen, macam mana kau nak serang hendap tol tu?!

Dan sepatutnya aku dah cukup get ready bila si rakan baik ajak untuk cuba nasib di stesen tv. 
Mungkin aku agak ralat sebab aku bencikan satu percubaan samalah interview mahupun audition. 
Sebab percubaan bukan satu benda yang pasti dan tahu tak menunggu jawapan adalah suatu perkara yg menyakitkan?
Tapi bawa kata-kata mama, aku gigih. Seorang diri menuju atm machine dan rasa nak senyum sebab cyber cafe pun turut tersedia. Senanglah nak print resume. 
Tapi tatkala tu, atm yang tengah sangap lapar telan kad atm aku. 
Takde pilihan selain tendang button tu berulang kali. Hang! Ba**

apa lagi kau nak fikir bila itu lah first time aku dalam situasi macam tu.
mungkin masa tu aku fikir, itu bukan rezeki aku.
dan masa tu jugak, aku tak tahu nak fikir apa selain papa mama.
dan mungkin naluri seorang ibu yang kuat mengatakan anaknya dalam masalah.
tak pernah mama call pada hari minggu di waktu pagi sebab dia tahu anaknya masih tidur. dia tahu tu.
dan saat tu jugak aku mengalir terus air mata. takde sesiapa di situ nak aku peluk.
memang kebiasaan aku menangis sambil dipeluk mahupun dibawah curahan air. benda basic.

tapi sepanjang hari, apa yang aku belajar, perlu sediakan payung sebelum hujan.
hujan atau erti kata lain, menangis. kan dah biasa bila susah, mesti rasa nak menangis kan?
dan masa tu memang kita nampak siapa yang bantu bila kita tersungkur.
thanks yusss <-- nampak kan ada S lebih? sebab ada 2 orang Yus yang bantu aku.
Yusmirnadia, Yusniza. terima kasih. *tunduk hormat.

tuhan pun ada cakap Dia akan bantu hambanya yang bersabar.
setiap perkara ada hikmahnya. dan aku bersyukur. Alhamdulillah :)

"pelangi akan datang bila selesainya hujan"
 begitulah hidup.
bye:)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: