Wednesday, September 26, 2012

balas.


Bertembak menyerang dengan kata-kata.
Dengan niat untuk menjatuhkan.

Kau rasa itu hebat?
Langsung Tidak.
Serius.

Betul orang kata.
Biar kita beri penerangan panjang lebar mana,
Manusia hanya mendengar apa yang mahu mereka dengar.
Manusia hanya melihat apa yang mahu mereka lihat.
Di sebaliknya, mereka mahu singkap? Pemalas punya manusia.

Kalau nak buat perbandingan,
Memang macam langit dengan bumi.
Kau lah buminya. Bawah tanah. Bawah lagi.
Sempit.

Kalau point kau tuju adalah mendua,
Point aku beratus puluh ribu menuju ke kau.
Jangan salahkan orang atas salah sendiri.
Kalau bawa ke atasan,
Menang itu masih milik aku.

Rupanya kita di bawah 2 dunia.
Kau bawa aku kenal dunia itu.
Aku heret kau dalam dunia aku, di muka pintu, kau berhenti.
Sempat buka, tapi tak sempat selam.
Kau cuma selam fikiran kau tentang tipikal dunia aku.
Tak cuba selam, tak tahu dasar.
Tapi kau yang takut lemas, jadi kau beri alasan.
Puihhh.

Hebat mana manusia itu, akan ada tipikal nya sendiri.
Kalau tidak kata kau, tipikal lah kau sebenarnya.
hormat fikiran manusia lain sebab tuhan bagi otak tak sama kesemuanya.

Aku pernah kata antara jalan keseronokan dan kebahagiaan,
Mana satu aku pilih.
Sekarang aku pilih kebahagiaan.
Sebab dalam kebahagiaan aku temui keseronokan.
Pakej.

Bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: