Saturday, October 13, 2012

Rindu.



hai.
kalau aku kata aku rindu seseorang, itu normal kan?
dan kalau aku kata aku tak rindu sesiapa, itu pun normal kan?
memang normal, tapi nampak sangat tipunya.

rindu itu kan perasaan, perasaan yang takde siapa boleh halang.
sama macam perasaan sayang. itu fitrah manusia.
bila kita sayang, perasaan rindu akan terbit sama.
tak gitu? :)

tak semestinya kepada encik boyfriend, cik girlfriend semata.
sebab ramai lagi yang kita sayang, terutamanya keluarga.
kita sayangkan keluarga kita, ada satu masa kita akan rindu sangat nak jumpa.
mungkin sebab berjauhan. mungkin sebab memang lama dah tak jumpa.

dan boleh beza rindu dan teringat?
bila kita teringat, tak semestinya kita rindu.
mungkin hanya tiba-tiba melintasi fikiran. itu lah teringat.
dan kadang-kadang juga, kita bukan rindukan seseorang, 
kita rindukan moment bersama seseorang itu.
sebabnya tak kelakar kalau kita cakap kita rindu seseorang itu,
sedangkan dia cuma sejengkal jauh dari kita.
maksudnya bukan sebab kita rindu dia, kita rindukan saat-saat bersama dengan dia.
means, i dont miss you, i just do miss us. 
tak gitu?

ada yang kata pada aku, lelaki susah nak terbitkan rindu.
tak segampang perempuan, yang terawal sangat rindu, walaupun baru lepas berjumpa dengan si dia.
dan masa tu, mungkin ada lelaki rasa "wth? baru je jumpa kot!"
dan sebenarnya "hoi, silalah appreciated! bila perempuan hilang rindunya, maka kau jangan kata nak merasa lagi!" faham :)
perempuan kan mengada, manja, whatever, bla bla bla... kan?
so, deal with it lah boys! :)

mungkin ego lelaki memaksa mereka untuk tidak merasakan rindu.
tapi ego nak bawa ke mana bang?
sebab ego itu yang matikan perasaan perempuan. jadi salah perempuan ke? :)

dan aku pernah rasa dimarah bila ungkap kata rindu.
"boleh tak jadi matang?"
dan pada saat itu, rindu aku hilang terus. dan aku tak akan pernah ungkap untuk dia lagi.
well, would be nice if you just appreciate other's feeling kan?
sebab kita tak tahu sampai bila ia still ada. 
dan aku tak rasa perasaan rindu hanya untuk orang yang tidak matang sahaja.
tak gitu?

tak salah pun untuk ungkap.
cuma caranya yang berbeza kan.
sebab kita tak tahu bila tarikh luput kita.
cuma takut tak sempat untuk sampaikan betapa rindunya kita pada mereka.

hai, saya rindu awak.
dan kalau lah awak tahu.

bye :)


fds
written by fadhillasamsudin

No comments: