Saturday, October 13, 2012

jodoh itu rezeki


hai.
ini cuma random yang rasa seronokkkknya mereka.
mungkin ada satu masa kita akan lihat satu pasangan, dan kata "sweetnya mereka".
dan mungkin kita tak tahu apa disebalik ke'sweet'an tu tersembunyi 1001 rahsia.
mungkin sweet itu diluaran atau sementara, atau memang begitu.
sebab kita tak hidup dalam kehidupan mereka.

cuma aku rasa kenapa ada pasangan yang long lasting relationship mereka sampai 5-7 tahun.
even ada yang kekal for 10 tahun. tahniah lah. 
moga sampai jinjang pelamin atau budak2 sekarang lebih suka tulis till Jannah :)
mudah perjalanan yang Tuhan tuliskan untuk mereka kan? :)

ada yang antara kita masih menunggu dan tunggu yang terbaik.
dah rasa itu yang terbaik, tapi masih tak menjadi juga.
maksudnya dia memang bukan untuk kita.
dan masih lagi menunggu. 
dan kadang-kadang terpersoalkan kenapa susah sangat untuk kita?
mana penghujung jalan cerita kita. kan?

Jodoh itu serupa rezeki. yang telah ditentukan.
kalau tak usaha, tak akan dapat.
tapi setiap apa yang kita lakukan, itu lah takdir sebenarnya.
apa sahaja pilihan yang kita buat, itulah takdir sebenarnya.
mungkin kita rasa dia bukan baik untuk kita, jadi kita lepaskan.
mungkin dia rasa kita tak sesuai untuk dia, jadi dia lepaskan.
itu kan perjalanan yang sudah tertulis. kan? 

tapi kalau sudah tertulis, itu jodoh kita, sama ada kau fikir dia baik atau tidak untuk kau,

jodoh itu tetap milik kau.
serendah dia, setinggi dia, sekurang dia, selebih dia, semua patut kau terima.
sebab Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

aku memang mencari serupa encik boyfriend abadi, encik Samsudin.
bukan serupa hartanya, cuma agamanya.

kalau dia baik untuk kau, dia akan datang.
kalau tidak, biarlah dia pergi.

semoga kalian dapat jodoh yang baik. Amin :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: