Monday, October 15, 2012

hai. saya anak kedua. dan ini sifat saya :)

 
hai.
setiap orang ada sikap masing-masing kan.
ada yang kata mengikut tarikh kelahiran, mengikut zodiak, bla..blaa..blaaa...

tak kisah lah. ada yang setuju, dan ada yang tidak.
bergantung pada masing-masing.
dan aku nak kongsi sikap ANAK KEDUA :)
since aku memang anak kedua. 
btw, aku share dari facebook Himpunan cerita Lawak.
kang ada plak yang kata aku plagiat bagai. puihh.

Anak Manja Emak

- sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

aku pun tak pasti. tapi kalau membabitkan pergi sana ke sini, atau erti lain untuk driving, 
mama lebih percayakan aku. sebab? aku hebat. bye.

Anak Degil
- Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata.
Semua benda dia je yang betul dan antara adik-beradik, dia yang paling keras kepala.
segala kemahuannya kuat. kalau buat sungguh-sungguh, kalau dah taknak, memang taknak lah jawabnya. 
mungkin boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

hmmm. bad things kan? siapa nak mengaku. aku tak degil lah. bye.
ok. Degil. tapi mungkin ikut perangai mama. Mama kata tidak, tidak! same goes to me.
eleh, mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? ke lantai boleh jugak apa! :)

Tak Pandai Pujuk
- memang anak kedua ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. 

hai. saya pandai pujuk lah. cuba lah merajuk.
sekali je aku pujuk. tak jalan jugak, pandai kau lah pujuk diri sendiri. 
tu kira pandai pujuk lah jugak kan? ;)

Bercinta
- kalau bercinta, sangat setia dan sanggup berkorban.

cinta kan perlu pengorbanan. ok. malas nak komen sangat.
i sangat sensitif perihal ini. bye.

Hitam/Putih
- Apa yg dikatakan semua dipegang. 
kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

aku takde lah tak boleh toleransi sangat. sebab kadang-kadang bukan aku selalu buat keputusan.
sebab aku tahu, kalau aku buat keputusan, orang tak ikut keputusan aku, aku marah.
tapi, macam yang aku cakap tadi, kalau aku kata tidak, maksudnya tidak lah.
tapi bergantung juga ;)

Hati

- Anak kedua ni juga nampak je keras. tetapi hati dia lembut.
satu lagi, dia tidak boleh ditegur.

aku bukan sahaja lembut, malah ayu, sopan santun hatinya. handle with care ;)
tak boleh ditegur? in terms of apa? aku tak pasti. 
kalau nak tegur, tegur je lah. aku bukan sombong. haha
kecuali kalau aku tengah ada mood nak menangis, ditegur, berjujuran lah airmata :)
ke tegur pasal sesuatu yang aku buat? means mempertikaikan?
hoi, semua nak against anak kedua apahal? ok. kan dah marah.

Berdikari
- Very independent.Tapi kalau independent sangat pun susah juga.
tapi mudah bergaul.very take care.

Aku bukan mudah sangat bergaul. cuma bergantung dengan siapa aku digaulkan.
kalau dah sama kepala, memang senang lah. 
kalau nak kata independent, campaklah kat mana pun, insyaAllah boleh hidup :)

Arahan
- Anak kedua ni juga dia susah nk terima arahan.
Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja dengan orang.

bukanlah kata aku tak boleh kerja dengan orang. cuma siapa yang suka diarah?
tetapi kadang-kadang kita memang buat benda yang kita tak suka. kan?
kalau membabitkan kerja, aku lebih suka suasana yang takde orang sebab fokus.
jadi, takde orang boleh kata itu, ini, blaa...blaa..blaaa. kan? :) 

Pemaaf dan Caring
- Tidak dinafikan anak kedua ni pun pemaaf dan caring.
TAPI awas jangan bagi mereka marah kalau marah faham saje lah.

Pemaaf, yes i am. tapi untuk lupakan memang susah lah bro.
omputih kata, easy to forgive but hard to forget. 
bukan nak kata pendendam, cuma sebagai waspada utk diri sendiri :)
kalau marah, memang aku marah lah. tapi atleast sekarang dah matang sikit, pandailah aku control kan :)

Pakaian
- Nak semua up to date. semua nak kemas.

penampilan harus jaga. tak kira lah kau anak keberapa sekalipun.
untuk naikkan level confident diri juga. tak gitu? :)


 
so, hai. saya anak kedua.
nak berkenalan jugak? :)

hoi! aku sakit gigi lah weyh! ok.

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: