hai.


hai uolls.

tiada perkhabaran baru yang jelas.
cuma buat masa sekarang, aku boleh kata, perjalanan hidup cukup sempurna.
ada kawan, teman dan keluarga yang mampu buat aku senang.
yang mampu memahami setiap perjalanan aku.
yang mampu sedar senyum itu lebih bagus dari menangis.

lama juga tak menangis atas perihal hati yang sakit.
ada lah jugak bergenang. 
cuma senyum itu lebih banyak dari menangis sekarang.
tak rasa itu bagus ke?
aku pun tak cepat tua.

kesihatan kadang-kadang tak memberangsangkan juga.
kepala senang betul sakit.
kalau dulu, kepala aku cuma sakit bila menangis je.
sampai semua urat timbul.
hah. ingat lagi kata itu "jangan lah menangis, nanti kepala sakit"
hah. dan kata itu datang dari dia yang menjadi punca tangisan aku.

tapi sekarang, kondisi agak beza.
aku tahu macam mana nak control. yuh, let it be :)
sebenarnya aku risau. selain pinggang aku, ada sakit lain yang aku risau.
makin banyak buat research pasal kesihatan ini, makin risau.

tapi mama pernah cakap, jangan runsingkan kepala.

sebab bila kita terlalu fikir dan risau, penyakit mudah datang.
bila kita terlalu risau juga, pertahanan badan jadi lebih lemah, sel-sel kanser mudah merebak.
lagi-lagi mama suruh berjaga dari sekarang. sebab itu semua keturunan.
sakit jantung, kanser -.-

paranoid betul bila fikir pasal penyakit ni.
bila terkenang balik result lemak dalam badan ni, aku dah dikira obesiti.
mana lemak tu terkumpul sedangkan aku kurus? kemungkinan dalam jantung kan?
takut. 

tapi yang lagi bagus, ikuti jalan yang Tuhan dah tuliskan untuk aku.
sempurna.
terima kasih. dan boleh aku kata aku bahagia dengan pilihan aku sekarang?
boleh lah! sebab memang bahagia.

terima kasih :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: