Friday, December 28, 2012

Mai pakat ke utara. Kedah - Perlis - Langkawi

tipulah kalau aku kata tak pernah jejak je utara tu.
tapi utara pun, aku pernah sampai ke Kedah demi Langkawi.
so, bila family decide untuk pergi Kedah lagi sekali, kenapa tak nak ikut kan? :)

sebenarnya planning bersama 2,3 keluarga sepupu sepapat yang lain.
tapi entah kenapa, last minit tiada rezeki nak pergi bersama.
dan disebabkan dah book homestay, agak rugi kalau tak pergi. deposit dah bayar kot!

menghala ke arah utara. dan macam biasa aku agak ralat nak duduk dalam kereta lama-lama.
macam-macam style gaya tidur semua ada.
melalui Ipoh, dan sebenarnya teringin nak melawat Ipoh.
orang kata makanannya tip top. tapi belum ada kesempatan. nanti cheq pergi naaa :)

tujuan sebenar datang ke utara ni sebab mama teringin melawat ladang anggur.
aku tak tahu apa yang best sangat. tapi, ikut je lah.
gigihlah juga dengan panasnya matahari.
tapi biarlah matahari daripada tangisan awan kan? :)
so, here we come Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah.

 ya. anggur kat sini lain rasanya. mana sama yang dijual kat pasar tu.
kecil bulat dan manis :)


dan sementara duduk berehat makan anggur, tepi ladang ada tasik.
cantik. awesome kalau duduk petang-petang dan berehat dihembus angin. ewah.

Homestay kami di Kuala Kedah. sebab mudah dan dekat dengan Jeti.
bergerak dari pagi, singgah rehat bla bla bla, petang juga sampainya di Kuala Kedah.
eh, nama homestay kami, Ombak Rindu weyh.
mulanya masuk ke kawasan perumahan yang agak... hmmmm...hmm... takpelah.
so, semua agak dah buat muka sedih dan membayangkan how bad our homestay.
sampai depan rumah. tak sampai 500meter, ada perkuburan. hmmmm lagi.
bagi aku, aku jenis tak kisah. malaslah nak merungut. asal boleh tidur.

then, bila buka pintu, first thing aku check is bedroom and toilet.
dan selain papa, aku lah orang pertama yang masuk untuk check semua tu disebabkan yang lain agak dah tak teruja dengan kawasan.
 naik atas, buka satu satu bilik. oh gosh! best gila!
semua kembali senyum dan kata "don't judge book by its cover!"
ini 3rd bilik. gambar lain, korang boleh google sendiri dengan taip Ombak Rindu Homestay Kuala Kedah.
rasanya kalau dah tengok 3rd room macam ni, dah boleh imagine how the other's room aite? :)

hari pertama memang penat dan hanya pergi ke pasar malam berdekatan untuk beli makanan dan berehat kat rumah.
memang makanan kat Kedah murah kan? sangat murah. teruja. beza betul! :)

pagi kami bersiap menuju Perlis.
tiada haluan pun. entah apa ada dengan perlis.
mana rasa ada signboard untuk dilawati, then ke situ lah kami.
sampaikan Taman Reptilia pun kami pergi. macam lah JB takde ular kan.


lagi sekali, ke Taman Anggur Perlis.
eh, janganlah terkejut, kami satu-satunya yang datang melawat.
dan sebenarnya sama je dengan ladang anggur Kedah tu.
cuma bezanya, mama beli pokok anggur. dia bajet nak tanam kat rumah. ok ma. 
mama oh mama.


menuju satu tempat. Taman Herba Perlis. dah nampak ada sesi urut-urut,
alang-alang kaki dah penat, nak merasa juga diurut.
tapi apakan daya, hari Jumaat, jam dah pukul 12 tengahari. makanya, ia ditutup.
takdo rejeki lah eden nak meraso.

jadinya, teruslah menuju ke perhentian seterusnya. yes, Gua Kelam.
masuk dalam gua, ambil masa berapa minit entah. tak ingat.
sebenarnya ada perkhidmatan tren. tapi, tren di selenggara, jadi pakai kaki lah.
merasa lah juga masuk gua and tengok bekas-bekas yang ditinggalkan orang mencari bijih.

 
 di belakang i itu ialah jalan menuju masuk ke dalam gua. bismillah! ada kelawar!
here, suasana dalam gua. a bit gelap. tapi ada lampu. jangan risau :)

 

next day, we are going to Langkawi.
ini second time. selepas waktu aku form 4 mungkin.
sekarang aku 23 tahun. see, berapa lama aku tinggalkan pulau itu.
dulu ada laksa kedah yang dijual di lori tepi-tepi jalan. serius awesome.
sekarang, lori tu dah haram menjual atau lori-lori tu dah buka kedai? sebab dah takde :(


tempat wajib untuk pergi adalah cable car. and yang tak bestnya, puncak tu ditutup.
konon diselenggara. tapi rasanya sebab ramai pengunjung kot.
gila kau. kalau ramai, jatuhlah jambatan tergantung tu.
rasanya kalau yang gayat, mahu muntah naik cable car ni :)
dan masa tu cuaca agak mendung. so, kabus dan awan tebal. tak nampak apa.

hai. saya naik KUDA. boleh tak nak kahwin nanti naik kuda?
pleasseeeee. bye.

dan benda wajib kau cari bila datang Langkawi, go and find tupperware, pinggan mangkuk, sudu, garfu, and coklat! 
yang penting untuk aku is coklat since kat sini kan bebas cukai. agak murah lah. 
benda-benda lain tu, mak kau, makcik kau, suka lah kot :)

kasi gua posing. last shot!
tepi pantai. tengok sunset. angin tolak tudung kau gerbang-gerbang. kau rasa sangat cantik. 
indah!

bye :)

eh, jap!

a bit weird dekat banner ni. mohon pencerahan.
juara dapat RM5K, 2nd prize RM10K, 3rd prize RM50k

kalau aku, aku cuba untuk dapatkan 3rd prize!

bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: