makan cekelat @ dip N dip, Bangsar :)

hai :)

asyik stress fikir pasal kahwin, boleh botak kepala!

dah lama mengidam.
lagipun sepet bukan jenis makan benda manis.
tapi bila kakak dengan tikah ajak pergi, apa lagi!
seret juga si sepet pergi, sebab bila ajak je, mesti dia kata 'booleehh' :)

Menjajar juga nak mencari kedai dip N dip ni.
aku punya lah ingat kedai dia besar, rupanya, kedai biasa je.
berdepan dengan House Of Doll, kedai Fazura tu.

kalau tak tahu, korang pusing lah sekeliling Bangsar Village.
kat situ lah satu-satunya dip N dip kat Malaysia ni agaknya.
landmark : bank Alliance.

Masa sampai, ye kena beratur tunggu turn. sebab ramai.
orang yang duduk makan situ pun, segan nak lepak lama-lama sebab kesian dengan orang yang dok menunggu.
tapi ada je, yang buat muka tak tahu.

special kat sini, memang coklat. semata coklat.
dessert.
jangan lah minta nasi pulak.



ni antara menu yang ada.
kelip-kelip mata sikit tengok harga tu.
mihihhihihi.

dan bagi seorang migrainers, macam aku,
memang tak galak makan coklat dengan begitu banyak.
sebab coklat pemicu kepada migrain. terima kasih :)

Waffle Stick :)

Brownies Crepe :)


Chocolate Waffle :)

presentation makanan memang tip top dan nampak sedap.
dan sememangnya memang sedaaaap!
even sepet yang tak berapa nak makan cekelat tu pun kata sedap.
cuma tak perlu lah order air. order je air mineral.
save sikit. mihihihi


dan total yang kami berempat makan, around RM84++
yelah, kalau service charge pun dan rm7.++
haha.

tapi tak salah kalau nak merasa.
sebab sedap.
nak pergi lagi! boleh? 'booleeeh!' :)

Assalammualaikum :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: