Sunday, September 15, 2013

wed journal : misi mencari kain!


hai.

ada lagi 6 bulan.
ada yang kata, 6 bulan tu dah singkat, walaupun aku rasa lama lagi.
ada pulak kata 3 bulan sebelum pun boleh settlekan, walaupun aku rasa "banyaklah kau!"

ada pula kata kena setahun sebelum. apa jadah.
same goes to any event, kita akan planning lama gilaaaa hanya untuk event sehari.
yes, sama juga event kahwin mengahwini ni.

semalam, sebenarnya ajak mama untuk pergi survey kain untuk buat nikah.
SURVEY. tak kata nak beli.
tapi kau dah jalan dengan mama, dan 2 orang mak cik aku.
so, mereka fikir survey adalah pergi-beli-terus.
*geleng kepala

pergi Jakel JB yang besar gedabak tepi jalan dekat Angsana tuh.
bila cakap cari lace, otomatik dia bawa masuk level 1 kain untuk bridal.
bila masuk bridal, semua kain otomatik mahal. serius.

bila tanya pakej, ada yang rm100++ sampai rm1k++
ikutlah bajet masing-masing.
aku ni bajet bagus je. taknak yang mahal-mahal.
yang rm100++ lace dia macam errrrrrrr  bye.
pakej sekali satin+lace+satin lelaki.
memandangkan baju contoh memerlukan chiffon, kena tambah chiffon sikit.
chiffon harga sendirian berhad, per meter rm45. *muntah darah

kalau nak dikenenkan dengan lace yang cantik, lace per meter rm380. *muntah lagi banyak darah.
mak cik aku siap kata, "pakai satu hari je dik"
yes, pemikiran kita sama. aku kena spend almost rm1k utk baju sahaja?
so not me. yes, kahwin cuma sekali tp not for this.
kalau pergi beli kain mahal segampang mahal, tapi orang yang buat pun gampang, maka gampanglah ia.
dan even baju contoh sekalipun, kena tengok siapa yang pakai.
ukur baju atas badan sendiri.

since, im not heavy lace type, so, "takpela ma, kita survey lain'" bye

bergerak ke Plaza Angsana. ada satu kedai kain, kedai kain comel? tak ingat!
situ ok-ok je. macam kedai kain biasa cuma tak banyak pilihan kaler, dan kaler yang aku nak pun takde.

ohh,, aku tak memilih putih as warna nikah. sebab aku tak gemar putih mahu cream.
aku nampak hitam. serius.
dari dulu, aku mengelak untuk pakai tudung putih/krim. kecuali pergi sekolah. *facepalm

another choice, Gulatis.
bila nak masuk Gulatis, nervous kan. orang akan expect, Gulatis mahal, Jakel lah segalanya.
silap. macam aku. 
Gulatis ada pakej bridal macam Jakel.
ada 3 pakej. RM180 / RM280 / RM450
satin 4 meter +lace 4 meter + satin baju melayu 5 meter + sampin.
kalau rm180, pakej lace prada. jadah, aku tak tahu lace prada apa.
rupanya, ini, yang bukan heavy punya lace.
ramai sekarang pakai lace ni. terpulang.



pakej RM280, pakej gucci lace without bead.
 banyak choice kaler, dan cantik-cantik jugak.
dan kalau pakej rm450, of course, pakej lace gucci dengan beading bagai.

 gambar pakcik google. kalau nak lebih tahu, pergi kedai kain tanya!

so, memandangkan aku nak patch lace je, dan beading boleh buat sendiri,
apa kata kita amek pakej rm280 dan mula lah mencari warna yang sesuai.
lama jugak aku berfikir. yelah, sepet awal-awal dah pesan jangan pilih kaler mati.
susah bercakap dengan grafik design. beza dengan kepala aku.
"warna mati tu apa?" blerghhh.

sebab fikir dan takut amat, mama bersuara "cakap dengan dia, mama yang pilih"
so, kalau sepet bising, meh berdebat debatan dengan mama. kehkeh. *peace
plus, aku add on, chiffon 5 meter. sebab nak dapatkan kain lebih sikit.
chiffon per meter rm15 berbanding rm45 tadi. hihi

so total loss = RM355. sekian. 
kain je tau! *kesat air mata

"dah beli, takut tak cantik"
"cantik kat awak, cantik pada saya jugak"

see, pandai sedapkan hati aku.
nanti dah siap, dia banyak cekadak, tonyoh muka dia. hihi
so warna kain, errr nanti lah bagitahu :)

next, kena cari orang yang mampu buat. kain aku mahal!
susah paranoid ni. blerghhh.

mohon permudahkan semua! amin :)

assalammualaikum :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: