Budak-budak sekarang.

"Budak-budak sekarang susah sikit yo, dah lari bando tinggal bondang"

Amboi. 
Nyanyi dikit yo lagu waris brekdeng bertingkek tingkek. 

Kalau tengok facebook sekarang,
Banyak cerita budak-budak sekarang.
Sebut budak-budak means budak sekolah yang masih minta mak makanan kalau lapar, yang masih minta duit mak nak beli topup.
Itu.

Buli lain cerita.
Beranak dalam toilet lain cerita.
Gwiyomi lain cerita.
Couple sehari dua lain cerita.

Banyak cerita sebenarnya.

Aku komen atas dasar.....
Atas dasar aku nak komen lah.

Kalau lah mak bapak tahu.
Sedih.
Macam mak bapak yang tahu result anak gagal dalam exam. 
Hancur luluh. 

Umur period masih tak balance dah fikir nama anak.
Tak kisah nak bercinta.
Cinta itu fitrah. Tak salah.
Yang salah, cara.

"Lelaki yang baik akan jaga perempuan yang dia sayang dari dosa"

Bayangkan kita nak bagi barang pada orang. 
Tapi barang itu buruk, lapuk dan kotor.
Cantik luaran bukan dalaman.
Ada tak yang sanggup terima?
Kita yang memberi pun malu nak bagi barang lagu tuuu.

Sama macam kita.
Ayah nak menyerah anak perempuannya kepada bakal suami.
Takkan nak bagi yang rosak dalaman?
Kan tak sedap bunyinya.

Aku pun sebenarnya lambat juga nak mengerti.
Tapi sementara aku dapat gilap yang buruk dan lapuk ni jadi cantik kembali sebelum serah pada orang yang betul.
InsyaAllah.

Adik-adik perempuan,
Takpe. Dari awak sibuk cari tulang rusuk awak yang hilang tu, apa kata buka buku, baca.
Selagi syurga tak bertukar tangan, ia masih di bawah tapak kaki ibu.
Ibu awak nak awak senang.
Bukan senang dengan cari lelaki kaya.
Senang belajar, senang kerja cari duit. Senang hidup.
Jangan risau. Tiba masa, datang tulang rusuk awak tu. 
Dara awak, awak simpan elok-elok. 
Kalau dah tak elok, tulang rusuk yang awak tunggu pun boleh patah.

Adik-adik lelaki,
Sama. Belajar.
Pedulik orang panggil kita nerd. 
Asal ilmu dalam kepala.
Memang orang kata, semua yang berjaya takde pun sijil, diploma, degree.
Ya. Itu nasib mereka. Nasib baik.
Kalau nasib tak baik?
Dah pilih jambatan mana nak duduk?
Nak jaga anak dara orang bukan pakai singgit dua ringgit. 
Belajar, kumpul duit. Kumpul ilmu.
Ilmu asas agama. Kau ada asas, kau tahu nak handle semua.
Hah, pastu pi pilih nak jadi tulang rusuk siapa.

Kalau lah mereka tahu dunia makin tak senang.
Kalau lah mereka tahu dunia bukan semata cinta.
Dan kalau lah mereka tahu dosa pahala.

Susah nak mereka tahu.

Tapi kalau sampai aku tahu adik aku salah seorang mereka,
Dia dah boleh pilih tali jenis apa untuk aku sebat dia. 

Bila ada anak, mohon dijauhkan dari semua perangai akhir zaman ini.
InsyaAllah. Amin.

aku yang baca ni pun rasa nak lempang hp sendiri. apatah lagi jadi depan mata.
(source : instegerem kawan kita!) 



Assalammualaikum.

fds
written by fadhillasamsudin

1 comment:

Anonymous said...

Hye sorry comment dkt sini if u nk carik prada lace at d best price do visit ig laceheaven :) lace sama quality dgn jakel bt harga mmg xla semahal jakel thank you happy blogging