Sunday, October 13, 2013

Sempurna itu perempuan.


Perfect. 
Semua nak perfect. Segalanya sempurna langsung takde cacat cela.

Tapi kesempurnaan itu milik tuhan.
Manusia hanya mampu ingin nampak sempurna walaupun tidak.

Dan bab-bab sempurna ini selalunya takhta dipegang perempuan. 
Perempuan nak itu cantik, nak ini cantik.
Segalanya perfect.
Dan ada juga sebab kenapa mereka nak sempurna.
Untuk orang ramai, untuk diri mereka sendiri atau mungkin untuk orang yang mereka sayang.

Lelaki pulak jenis tak kisah. Asal ada.
Itu kata mereka. Tapi kadang-kadang, konon je tak kisah. Tapi kalau dah mengkritik, mereka juga hebat.

Dan bila dikritik especially dikritik lelaki, perempuan jadi down.
Mereka rasa sempurna itu hilang.
Dan mula mencari sempurna itu.

Ada baca satu testimoni.
"Dulu suami akak malu nak keluar sebab muka akak ni. Sekarang senang je dia ajak keluar".
Akak ni jumpa sempurna dia pada satu produk.
Sebab suami. Dia nak cantik sebab suami.
Sebab suami malu dengan muka isteri dia.
Mana tak kisahnya lelaki?

Kita nak nampak sempurna lagi-lagi depan orang yang kita sayang.
Kalau orang yang kita sayang pun nampak ketidaksempurnaan kita,
Kita nak duduk celah ketiak siapa lagi?

Bukan nak kata apa, wajah setiap orang beza.
Muka dia putih, cantik, mulus, gebu.
Muka dia hitam, jerawat, berminyak.
Kalau tak make up, muka macam hantu lah, muka tak siap lah, muka tak mandi lah.
Ayat-ayat ni buat sempurna itu hilang.
Lagi-lagi bila orang yang kita sayang tuju tepat kat muka kita. Kan?
Dan kita akan buat apa sahaja untuk dapatkan sempurna itu.

Cuba produk ni, cuba produk itu.
Sebab banyak testimoni hebat, pakai je.
Tak pernah fikir kesan jangka panjang.
Kanser kulit ke, kulit sensitif, buah pinggang rosak ke.
Yang perempuan tahu, sempurna. 
Sempurna di mata lelaki yang konon tak kisah tu.

Hmm, kalau tak kisah, tak tegur. Kan?

Yang lelaki pun satu, ada tak perempuan tegur, "muka awak hitam, banyaknya jerawat muka awak, muka busuk tak mandi!, muka tak siap lah!"
Ada? 

Yang sebenarnya perempuan yang tak kisah.
Yang mereka kisah apa yang orang pandang pada mereka. Itu.

Banyak kali tanya kenapa pakai braces.
Ok. Bila orang keep tanya "kau taknak pakai braces ke? Gigi bersimpang siur"
Walaupun aku rasa taklah bersiur miur sangat gigi ini, tapi bila keep ditanya, kita rasa down.
Sempurna tu hilang, nak bercakap pun segan. "Mesti orang ni akan kata gigi aku bersimpang siur"
Jadi aku teruskan niat. 
Bila dah pakai, ada yang keep cakap "kenapa nak ubah kejadian tuhan".
Babitkan agama. 
Jadi nak suruh aku buat apa? Bukak braces tiba-tiba?
Down lagi.

Maksud nya kita tak boleh nak puaskan hati semua orang walaupun cuba.
Biarlah muka aku macam hantu yang tak siap dan tak mandi,
Kalau nak tengok, silakan. Taknak dah.
Walaupun macam "sedih-nya-dia-cakap-macam-tu" kan?

Muka aku menua. 
Kalau tak nak tengok muka orang tua,
Cari manusia yang takkan tua.

Lagi satu, kalau ciri perempuan yang lelaki cari adalah sedap mata memandang dan pandai masak,
Yang tak sedap mata memandang dan yang tak pandai masak ni siapa yang nak?

Ada perempuan tanya "solat cukup 5 waktu? "Dah berapa kali khatam Al-Quran? "Tahu hukum tajwid?
Macam mana nak jadi imam ni?

Ada? 
Takde.

Sebab bila sayang, perempuan terima apa sahaja pada lelaki.
Apa sahaja. Sehingga sayang tu hilang.
Serius :)

Lelaki? 
Terima seadanya. 
Bila tak cantik, bising.
Bila tak reti masak, bising.
Bila tak pandai buat itu ini, fail. 
Jangan jadi perempuan.

Tahu tak susah jadi perempuan yang kena semuanyaaaaa perfect!
Faham tak susah!
Dan lelaki, please dont make it harder :(

Taktahu kenapa tacing lebih.
Ohh, sebab cukup bulan dah. Hihi
Dan sebab harini 10hb dan tak dapat kitkat.

Janji walau apa jadi sebenarnya kena tunai.
Nasib muka hantu ni jenis tak kisah :)

Post tiada kaitan dengan sesiapa, cuma terfikir bila terbaca testimoni akak tadi. 
Takut terima nasib sama. Guano? 
Mudah-mudahan tak. InsyaAllah :)

Assalammualaikum :)
fds

written by fadhillasamsudin

No comments: