Hai,
terpanggil untuk bentuk satu isu.
bermadu.
eh maklumlah, nak kahwin, segala benda aku korek.
dari isu A sampai isu Z.
ilmu Munakahat ;)
cuma aku agak terfokus lebih pada isu bermadu.
dan bukan aku menolak tentang bermadu.
nak pasang isteri sampai 2,3,4.
sebab dalam agama, ia membenarkan, asalkan MAMPU.
mampu dalam erti kata lain bukanlah zahir sahaja. batin juga perlu mampu.
dan batin bukanlah hanya bersandar pada hubungan 'itu' sahaja, tapi keperluan dalam memelihara dan menjaga perasaan dan hati orang lain.
kalau ada depan mata, tapi hatinya ke orang lain pun tak seronok jugak.
dan bila kata tentang bermadu,
hebatnya kata 'ikut sunnah'
aku dengar dalam Halaqah episod 'Pengantin Al-Quran'.
bila bermadu, kata ikut Nabi, ikut sunnah.
tapi tahu tak sirah atau sejarahnya?
Rasulullah berkahwin semula setelah kematian isterinya Siti Khadijah.
Ada pula bersuara, biarlah mereka kahwin daripada buat benda tak elok.
yes, aku setuju sebab naluri perasaan dan kasih sayang itu datang dari Dia.
tapi bagaimana untuk kita kawal, serah pada kita sendiri.
pandai kawal, baik lah jadinya.
ada kenalan, dia skandal dengan orang lain padahal dah ada steady gf/bf.
dan aku tanya "kalau pasangan kau buat macam ni, apa kau rasa?"
"ala, skandal je"
aku tak boleh terima jawapan itu. ini bukan permainan untuk seronok.
sama juga pada yang mahu bermadu. of course lah lelaki kan.
cube letak diri kau sebagai perempuan, okay. susah.
cuba letak diri kau sebagai dimadukan. gadis kau ada lelaki lain.
apa rasa?
sakit?
rasa terhina?
rasa tercabar?
double rasanya bagi seorang perempuan. serius.
dan bagi perempuan yang nak jadi kedua, ketiga, atau keempat.
letak diri kau sebagai yang pertama, apa kau rasa kalau dilakukan begitu.
"'kalau sanggup bermadu, dapat payung emas"
memang. jika ikhlas, yang benar-benar ikhlas.
jika terpaksa, tak ikhlas, tak dapat pun.
itu yang aku dengar dari satu ceramah.
tak semua yang bermadu tu tak bahagia.
ada yang bahagia.
ada.
cuma tengok dulu siapa diri kita untuk terima.
kalau rasa tak mampu, kenapa perlu buat.
"kalau kau elok perangai, reti masak, buat itu ini siap untuk suami, takdenya suami cari lain"
ya, dulu aku pegang itu. perfect wife, perfect family.
tapi, aku tak pakai lagi.
sebab aku berdepan dengan kes perfect wife, tapi suami masih cari perempuan lain.
apa tu?
tapi lelaki tak faham.
mereka nak 2,3,4. itu yang mereka faham. NAK.
tapi tak tak faham ada perasaan yang perlu mereka jaga.
lafaz taklik ketika akad nikah.
"saya takkan menzalimi isteri"
bukan pukul, cubit, terajang, penampar. zalim pada hati?
tak tahu kan.
sebab nampak apa yang mereka NAK je.
sebelum buat sesuatu, fikir.
kalau benda ni dilakukan atas kau, kau rela?
apa kau akan buat?
seronok memang seronok, tapi bila jadi atas diri, tahu marah canang satu dunia.
kita tak perfect.
semua tidak perfect.
cuma pandang apa yang ada depan mata kau.
sebab bila tuhan dah bagi, bersyukur sebab DIA lebih tahu apa yang kau perlu dan baik untuk kau.
assalammualaikum :)
fds
written by fadhillasamsudin
No comments:
Post a Comment