perkara ini ditulis secara randomness.
apa yang aku fikir, apa yang aku rasa, dan apa yang aku lihat.
kenapa gadis selalu rasa tak selamat. tak selamat dalam context perhubungan.
dan bukan aku nak kata lelaki semua selamat, dan kau boleh goyang kaki je. tidak.
sebab aku gadis, so, aku cuma katakan apa yang para gadis yang normal rasa.
dan mungkin sesetengahnya tak rasa, mungkin rasa mereka lain.
tertakluk pada si gadis lah. okay bro :)
gadis sangat rasa insecured sebab lelaki agak susah dipercayai.
kalau boleh, gadis nak lelaki ada depan mata dyorang.
everything si lelaki buat, gadis nak tahu. especially melibatkan orang lain, kau kena beritahu, siapa gerangan mereka.
mungkin agak tipikal bila gadis nak message 24 jam lagi2 kalau lelaki tengah hang out dengan kawan2.
kalau macam tu, cik gadis, sila bagi ruang pada si lelaki ye. mereka perlu ruang jugak.
kecuali, kalau gadis nak rasa lebih lebih lebih tak selamat lagi, sila lah buat macam tu.
sebab lelaki marah bebenor dengan gadis tak paham bahasa ni. terima kasih :)
dan gadis agak lebih rasa insecured bila si lelaki memang pernah ada kes curang ni.
dan lelaki, bila dah diberi peluang kedua, you are so lucky bro.
hanya yang terpilih je dapat peluang kedua, sama seakan mati hidup balik.
then, this is the right time kau kena tunjuk kau menggunakan peluang kedua seadanya.
even kau menyepi sehari pun, boleh bikin gaduh bro, gua cakap lu.
kau layan kawan kau kat laman sosial pun boleh bikin gaduh bro. betul.
mesti hp kau, segala macam gadget kau kena selongkar.
dan secara otomatik, gadis kau jadi pegawai penyiasat yang lebih hebat dari CSI. no doubt.
dan mungkin agak terpanggil bila dapat sang lelaki yang memang tak suka nak berkepit 24 jam.
tak suka nak message, tak biasa nak beritahu tu, beritahu ni. lagi-lagi saat tengah banyak kerja.
dan masa ni lah, gadis akan guna kuasa insecured nya itu untuk mengada. seriously.
dan masa ni jugak lah, sang lelaki akan tebal telinga dengan gadis menangis, meracau dan meroyan.
tak boleh nak salahkan gadis juga. memang lelaki minta si gadis faham.
dan gadis bisa faham tentang kerja yang banyak nak mampus tu.
dan even aku sendiri pernah dengar kawan lelaki aku cakap "awek aku ni tak faham lah, aku busy kot".
dan seraya aku berkata
"kau busy 24 jam? kau tak makan? kau tak tidur? kau tak lepak seminit dua tenangkan kepala otak kau yang serabut tu? sebusy mana orang, akan ada seminit dia untuk rehat"
dan aku rasa tak salah gunakan seminit untuk gadis yang tengah melukut di tepi gantang tunggu kau.
cuma seminit. dan gadis pun perlu lah faham. tak payah bagi betis nak peha plak. tangan makannya kang.
jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pulak ye lelaki :)
sebab bila kau in relationship, kau dah bersedia dengan komitmen.
dan komitmen itu maksudnya, apa sahaja kau buat, ada hati yang perlu dijaga.
dan lagi gadis rasa mereka berada di paras yang agak tak selamat bila lelaki kuat melayan.
kuat melayan bukan kata gatal, tapi mudah mesra dengan semua orang.
dan diingatkan wahai lelaki, perempuan agak suka lelaki mudah mesra ni, sebab tu gadis akan cemburu.
sebab makin dilayan, makin menjadi kan.
dan sememangnya otak gadis dijadikan untuk fikir melebihi apa yang ada.
sebab gadis kan ada 9 akal. jadi, tak boleh nak salah kan gadis kan? :)
dan mungkin bila gadis rasa insecured, lelaki rasa rimas.
rimas nak mampus! "ya allah, mengadanya perempuan ni!"
dan masa tu lah wahai gadis, kau tengok siapa lelaki kau.
Dia akan terus buat kau rasa insecured, atau dia patut ubah apa yang patut ubah.
then, bila kau dengar lelaki kata "kita berbeza, kita tak sehaluan", itulah bullshit.
sebab bila dia mahukan kau, dia akan cuba, bukan terus mengalah. mengalah itu dayus bagi aku.
dan jadikan perbezaan itu satu pelengkap. bukan jadi dinding untuk halangan.
kalau anda di kalangan lelaki yang insecured, anda boleh tukar ayat-ayat di atas dengan gadis kepada lelaki, dan lelaki kepada gadis.
dan kalau anda lelaki yang meninsecured kan gadis anda, anda tahu apa nak buat.
sila bincang dengan gadis perkara yang betul. sebab gadis suka explanation.
even dia kata "saya taknak dengar explain apa2 dari awak", tapi itulah yang dia nak sebenarnya.
but, dont pick a fight. itu buat lebih parah. ok lelaki :)
dan se-cool cool mana gadis kau, se-tomboy-ish gadis kau, dia tetap gadis.
sekeras mana hati gadis kau, masih ada lembutnya. sebab itu dah tercipta untuk perempuan.
jadi berlembut dengan gadis, dan semuanya akan baik. kecuali takdir memang bukan di pihak kau.
takdir,jodoh kerja tuhan. Dia dah tulis semua. dan semuanya akan baik kalau kau ikhlas :)
bye :)
fds
written by fadhillasamsudin